BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 18 Disember 2010

titlE > aKu dah kawiN

Aku dah kawin sekarang . Bini aku memang baik sangat2 . Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kawin dulu . Masa belum kawin , aku tengok dia memang seorang yang pendiam je . jarang gile cakap dengan laki . Member - member memang puji la cara dia . So memang susah jugak aku nak tegor dia masa tu .... segan dowh . memang obvious lah kalu aku tegur . Tapi aku suka dia macam tu , so tak de lah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan laki . 

Cantik ? memang la , kalu tak aku conform tak sangkut punya . Haha . cantik pada mata aku la . member-member pon ada yang cuba usha . Sori le dia nak layan . Haha . memang market . last-last aku yang dapat , memang rase bangga giler . Hehe . Eh , dok ngumpat-ngumpat pasal dia , lupa lak nak kasi tau nama . Nama panggilan dia Ara . Nama betul dirahsiakan . Hoho .

Aku usha cara yang elok-elok la , pi jumpa bapak dia dulu . Gentleman beb ! Slow talk dengan bapak dia . Err , bapak dia nama Marzuki . Bapak dia ni jenis sound direct rupanya . Pergh , memang kena kutuk kaw-kaw la gua . Sebabnya , bila dia tanya kenal tak anak dia ? Gua cakap tak sangat . Bapak dia tanya lagi , kenapa nak kawin dengan anak dia ? Gua cakap sebab minat . Minat sebab apa ? Gua cakap tak tau ... Habis kalu tak dapat anak dia ? Gua cakap nak jugak ! Bapak dia sound la , "Ko ni cam ne ko nak kawin dengan orang yang  ko tak kenal ? Gua jawab , lepas kawin la saya kenal dia pakcik ... Pastu sengih-sengih ... Pastu bapak dia diam .

Masa tu rasa down gile . Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku . Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku ? Huhu . Time tu aku dah terfikir nak usha calon lain je . Aku memang ada lagi sorang yang aku suka . Haa yang ni gua memang kamceng gile . Yang ni pulak nama dia ika . Gua memang serasilah dengan minah nih . Haha ... Tapi last-last orang lain gak yang gua pinang . 

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba . Keputusannya .. jeng .. jeng .. jeng .. tak seperti yang aku jangka . Haha . Aku ingat da kena reject , stgi , family dyorg terima . Wahhh ... Happy giler . Alhamdulillah . So , memang sah la tak de jodoh aku dengan ika . Time aku bagitau ika yang aku nak kawin , dia accept je . Kejam gile aku . Dia kata semoga aku bahagia . lepas tu kami dah tak jumpa . 

Lepas akad nikah , kompemlah aku sebagai laki Ara . Happynya akku Tuhan saja yang tau . Kat rumah Ara macam biasa , cool je . Tapi cool semacam lar plak . Sepatah aku tanya , setengah patah yang dia jawab . Kalu aku tak buka mulut , memang tak berbunyilah rumah kitorang .

Ara taklah 'bisu' sangat , kadang-kadang dia bersuara jugak . Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni , Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat . Bila aku cakap pasal something , dia macam blur . Macam tak supportive sangat . At last , aku dah malas nak borak .. Oh boringnya . Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je . Sengih . Macam yang aku buat dekat bapak dia dulu . Pyscho seyh ...

Nak jadik lagi tensen . Aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la . Tapi bini aku pulak macam fobia gile dengan asap rokok . Bau nafas aku yang bersisa rokok pon dia mesti batuk . Tak bau rokok pon dia dia selalu batuk ... uhuk3 gitu ... Sebab sayang bini makin lama makin kurang aku merokok . Kalu gian sangat pon aku merokok kat ofis je . 

Bini aku kerja hospital , bahagian ubat-ubatan . Aku lak tak boleh bau ubat mesti pening kepala . Hari-hari aku yang hantar ambik dia gi hospital . Time ambik dia balik , memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta . So aku akan selalu bukak tingkap , nyaman sket ...

Ada satu hari tu , masa hujan lebat . Tak leh nak bukak tingkap kereta , aku dah memang pening-pening lalat dah . Bau ubat . Dengan poor visibility lagi , kami accident . Langgar bontot kereta depan . Kat hospital doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu . Hah ?? Rupanya dia mengandung dua bulan . Ara sendiri pon tak tahu . Ya Allah !!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti kerja . Duduk rumah je . Aku dah korbankan rokok aku , so dia kena korbankan kerja dia . Aku dah tak tahan bau ubat !! Aku sorang je kerja dah cukup untuk sara hidup kami . 


Dekat setahun kami kawin , Ika tiba-tiba datang , dia kata masih sayang kat aku , nak aku ambik dia jadi bini no 2 . Dia sanggup . 


Alamak ni dah angau betul . Padahal aku baru je kawin . Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami , so dia berani propose kat aku . Then aku terus terang je lah , aku cakap kat dia , yes aku memang tak kamceng mane ngan bini aku sekarang dan banyak benda yang kami tak dak persamaan . Ara memang tak banyak cakap . Kalu aku cuba buat lawak , dia macam tak dapat tangkap je . Sedih tol . Tak pandai nak borak . Kalau jumpa member-member aku lagi le dia sunyi sepi . Dah la hari-hari dia suka masak benda yang sama je . Jarang la dapat makan lain sikit . Kecuali makan luar . Itu pon dia akan oder benda yang sama je . Haha macam tu lah bini aku . Lucu lak . 


Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing . Aku cuba biasa-biasakan diri bau ubat-ubat kat baju-baju Ara dulu . Cuba berhenti merokok masa mula-mula kawin dulu . Ara plak dah tak kerja , dah cuba belajar masak benda-benda lain ( tapi jarang la menjadi ) Aku bagitau Ika , rumah tangga kami bahagia , aku tak boleh menduakan dia . Aku memang sayangkan dia . Ika terpaksa terima hakikat tu . Itu memang last kami jumpa . 


Kini kami dapat rezeki seorang anak , dah besar , dekat 4 tahun la . Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit . Semua berkat kerajinan bini aku . Bab-bab agama , mengaji semua dia memang bagus . Anak aku Hafiz , memang dia train elok-elok mengaji al-quran . Alhamdulillah, semoga esok-esok dia menjadi anak yang soleh . Bagi aku itu lah investment yang sangat-sangat menguntungkan !

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu  , kami tak seperti pasangan lain . Makin hari aku makin bosan dengan rumahtangga kami . Ara memang suka menyepi , jarang borak panjang-panjang . Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan . Makin lama aku makin jarang duduk rumah . Lewat malam baru balik , bini dah tidur . Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja . Dalam tempoh tu juga , aku selalu keluar dengan sorang ofismate aku . Nama dia Lisa . Budak baru kat ofis aku . Berbekalkan muka yang agak ada market ni , dia macam sangkut lak kat aku . So , dialah yang selalu aku ajak keluar malam , teman aku borak-borak , kadang-kadang sampai pagi !

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk memperhiburkan hati aku . Teringin nak kawin dengan dia , takut kecik hati si Ara pulak . Dengan Lisa lah tempat aku luah perasaan , kadang-kadang gadoh , kadang dia tercarut-carut siap kat aku . pastu minta maaf , dia kata tersasul . Tapi aku memang terhibur bila duk ngan Lisa . Bini aku kat rumah , dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa . 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari . Dia mula sedar aku ada perempuan lain . Satu hari dia bagitau , dia izinkan kalu aku nak kawin lagi , tapi mesti dengan wanita yang elok-elok , sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu . Aku pelik , apa kaitannya ? 

Dan aku terfikir , Lisa tu wanita yang elok ke ? Pakaian hari-hari kompem ketat , make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air . Tak ambik air semayang ke ? Tak semayang ke ? ke cuti sepanjang tahun ?!

So , aku postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa . Terfikir lepas kawin boleh kot nasihat sikit-sikittapi time bercinta asyik lawan je apa aku cakap . So sad !..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu , rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar . Ara mula jatuh sakit , batuk dia makin teruk , akhirnya masuk hospital . Dan saat itulah baru aku diberitahu , Ara menghidap penyakit barah tekak . Ya Allah !!

Doktor bagitau , Ara sebenarnya dah lama kena barah tu , penyakit yang akan buat dia selalu batuk , dan terpaksa menahan sakit bila bercakap ! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu !! Patut la Ara jarang sangat bercakap . Kenapa dia tak bagitau aku ??

Doktor tu cakap lagi , penyakit tu makin lama makin teruk , dan bagi effect kat jantung .Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya . Jantung jadi lemah . So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit . Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu .

Jadi camne dia boleh ajar anak aku mengaji ? Doktor tu bagitau , memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak .  Tapi hanya kurangkan rasa sakit , dan ia bertahan kejap je . Tapi Ara tak boleh selalu minum , sebab ubat tu sangat mahal !!

Aku buntu !!

Masa itulah baru aku terfikir , kami tak pernah bertikah lidah , tak pernah bergaduh . Mungkin itu hikmah dia . Tapi aku tak sedar selama ni . Aku asyik tinggalkan dia , bergembira dengan perempuan lain . Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku . Dan tak pernah luahkan derita kat aku . 

Jantung Ara dah lemah sangat , doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama . Aku menangis depan doktor tu puas-puas , walaupun doktor perempuan . Aku dah tak kisah . Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni . 

Dia dah bagi aku macam-macam , jaga makan minum , pakaian aku , ajar anak kami mengaji , memang tak pernah lawan apa aku cakap , apa aku suruh . Aku suruh dia berhenti kerja dulu , dia ikut . Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan ! Dia minat sangat dengan kerja dia . Maafkan abang Ara ..

Bila balik rumah nak mandi kejap , aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami . Aku belek-belek terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu . Ada satu kotak jam , jam yang aku pakai sekarang . Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu . Mula-mula ingat kertas resit , tapi rupanya sepucuk surat ! 
 
1 Julai 2007 , 

Buat suami yang baru ku punya , 
Terima kasih kerana menawarkan cintamu , 
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu , 
Ara memang cinta padamu ,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru ku punya , 
Luaranku mungkin nampak sempurna ,  
Luaranku mungkin ramai yang terpesona , 
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka , 
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita 

Buat suamiku yang baru ku punya ,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa , 
Ara hanya mampu tersenyum pada abang , 
Andai abang mahu Ara berjenaka , 
Mungkin Ara akan menangis di bahu abang , 
Kerana Ara tak mampu berbicara , 
Seperti orang lain berbicara ,
Kerana Ara tak mampu ketawa ,
Seperti orang lain ketawa 

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang , 
Ara pasrah dan rela abang menjauhi ,
Jika membaca surat ni Ara tetap di hati abang ,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi ..

Yang benar ,

Isteri yang menyanjungmu ..

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang , semoga abang mudah terlihat surat ini . 

Berderai lagi airmata jantan aku . Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu ? Kenapa aku tak tau penderitaan Ara awal-awal dulu ? Kenapa baru sekarang ? 4 tahun usia perkahwinan kami , Ara beri aku segala-galanya dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak . Tapi apa yang pernah aku bagi kat Ara ? 

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati . Hari-hari memang kerja ulang alik hospital . Masuk ofis pon kejap-kejap . Anak aku bagi kakak Ara yang jaga . Masa tu aku dah serabai giler . Sangat tak terurus . Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku . 

Dalam keadaan Ara yang sangat lemah , aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong . Aku nak temani dia puas-puas . Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia . Biar dia terlupa akan derita dia . Saat itu dia menangis kat bahu aku . Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila . 

Dia tulis dia tak menyesal kawin dengan aku . Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku . Siap cuba lukis gambar orang senyum . Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia . Namun Ara dah makin lemah . Aku dah tak mampu tengok dia derita . Setiap kali dia nak tarik nafas , sangatlah azab pada aku melihatnya . 

"Ya Allah , jika Kau masih panjangkan hayat isteriku , Kau berilah separuh kesengsaraannya , biar kurang kesengsaraannya Ya Allah .. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku , aku radha Ya Allah .."

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat . Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang-ulang , biarkan anak kami di pangkuan memeluk-meluk ibunya . 

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali . Aku pasrah . Kesedihanku terubat bila ku melihat dia pergi dengan tenang . Sempat ku ajarkan Syahadah dan dahinya berpeluh jernih . Lalu ku kucup buat kali terakhir ..

Kini , hampir 5 tahun perkahwinan kami , tinggal aku dengan Hafiz , dengan helaian-helaian terakhir tulisan Ara ...    

Jumaat, 10 Disember 2010

bLa jlaN2 d SaBah Baaaaa ....

cmpt g nx snap2 pn ...
tga brnax yg chumey2 sj
cblm m'mlkan jngle trekking tyte ...
mri cme2 tyte snap2 dluw ...
pEace
qEela bcma nan akkny 
snap2 tpi tolam ayq pnaih ...
Gggrrr ...
pnaih siot
bla dua bdik nyh nx pose
klik2 
snap dluw
cblm nx nek kpai tobiang
wnita pncinta alam cekitarrr
mama tcyunk pose tantek noe
gnong knabalu da bez
tyte ny cnad gumbira ckly
bgmbr bcma cbgai knangn
sy toe 6pak tcnad2 gumbira
peace yarr 
suma owg
snap2 d plau yg sda ku
frgot nmany
hux2
e2 adlh saia
posing lu cblm nx snorkling pn
hee











Khamis, 9 Disember 2010

kEluaRga Saia

Encik Abdul Rahman Ibrahim ( ayah )
Puan Rusni Shaari ( mama )
Nur Hannan Abdul Rahman ( along )
Nur Aqeela Iman Abdul Rahman ( alang )
Mohd Izzat Rahimi Abdul Rahman ( adik )





                      

Ss5o1

Kim hYun jOon


kIm hYun jOon

bOys OvEr flOwErs

hErO2
Ji hO
Kim hYun jOon
Kim jUn su



lOikE kOrEan

sOng hyE kyO
lEe min hO
gEum jan Di & lEe min hO
lEe min hO
sOng kyE kyO & raiN
sOng hyE kyO
kim hyUn juN







baSyAr ... tiNgGaL kEnAngAn


  • arwah basyar hanya tinggal kenangan .... arwah telah meninggalkan ibu bapanya bersama dengan dua orang adiknya iaitu (basyir) dan (ifah) .... arwah juga telah meninggalkan ahli keluarganya yang lain ... arwah basyar merupakan seorang budak yang sangat disenangi oleh ahli keluarga ... arwah juga telah meninggalkan memory2 yang sukar bagi kami semua melupakannya ... saat2 akhir sebelum arwah meninggal dunia ,, arwah terpaksa menanggung kesakitan yang amat berat bagi seorang anak kecil yg masih berumur 7 tahun ,, ia teramat perit ... tapi Allah lebih menyayangi arwah ... sebelum arwah basyar meninggal dunia ,, pada waktu itu juga di negeri kedah dan perlis sedang dilanda  banjir yang besar dan merupakan banjir yang pertama kali berlaku di negeri tersebut ... ibunya menceritakan penyebab di atas kematiannya adalah kerana arwah bermain air banjir di hadapan rumah mereka ... sebab lain juga arwah termakan (hotdog) yang sudah luput tarikhnya yang di beli di sebuah gerai tertentu ... sebab lain juga arwah memang mempunyai sakit tenat seperti arwah datuknya di sebelah ibunya ... apa2 pun sebab di atas kematian arwah basyar kami semua ahli keluarganya menerima dengan hati yang redha ... ahli keluarganya ,, lebih2 lagi kedua ibu bapanya tidak akan menyalahkan sesiapa pun dan menerimanya dengan redha ... Allah lebih menyayangi arwah basyar .... semoga arwah basyar bahagia di atas sana dan berdoa untuk kami semua ahli keluarganya ,, semoga bahagia & berjaya di dunia dan akhirat ... Aminnnn ...kami juga di sini akan sentiasa mendoakan arwah agar arwah basyar ditempatkan bersama orang2 yang soleh ... Aminnn

                                                          arwah along basyar
                                                    arwah bersama adiknya basyir
       
arwah basyar dan adiknya bermain bersama